InshaAllah bermula pada hari, TM akan mula berkongsi kisah hidup dan perjalanan hidup TM dan sepanjang TM menjadi manusia dan hamba di muka bumi ni.
Senai Performing Art Centre (SPAC)
Alhamdulillah bulan Jun ni, bermula lah episod baru dalam hidupku, dan ini pun bersempena dengan Nisfu Syaaban di mana kita dimulakan dengan buku baru dalam hidup kita. Apa jua amalan ku sebelum ni Ya Allah, itu semua adalah perkara sebahagian dari takdir dan Qada dan Qadar mu. Kita hanyalah hambaNya yg kerdil lg hina, banyak kekurangan, kekosongan, kelemahan hidup kita yang menjurus kepada kesalahan, dosa dan khilaf.
Pada bulan Jun ni juga, kita bakal bertemu dengan bulan Ramadhan, ya Allah bestnya kan bulan puasa ni, nanti kita dapat pegi bazar ramadhan, dapat berpuasa, solat tarawikh. Ini semua nikmat Allah yg Allah berikan pada kita dan mengajar erti kesyukuran dan Zuhud. Dan pada bulan Ramadhan kali, kita bakal menghadapi malam lailatul qadar, di mana malam itu lebih baik daripada seribu bulan seperti yang difirman kan oleh Allah SWT dalam surah Al Qadr. "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr : 2)
Banyaknya kelebihan bulan Ramadhan, dan pada Ramadhan kali ni, kita akan menghadapi 5 kali hari Jumaat, iaitu penghulu segala hari, iaitu pada 1 Ramadhan, 8 Ramadhan, 15 Ramadhan, 22 Ramadhan dan 29 Ramadhan. Special sungguh kan hehe ia hanya berlaku sekali untuk setiap 20 tahun. dan make sure puasa penuh ya?
Alhamdulillah, bulan ni juga, TM dapat ilham buat lagu baru yang bertajuk 'Separuh Hidupku' lirik dan lagu hasil ciptaan TM sendiri. Macam dulu lagu Restu Cinta, lagu tu ditujukan khas dari seorang suami kepada isterinya, atau erti kata lain, berkisahkan cinta yang halal dan cinta antara suami dan isteri. Jadi apa agaknya ya kisah dalam lagu 'Separuh Hidupku' ni jeng jeng jeng ok dengar dlu lagu tu ya di Soundcloud
Separuh Hidupku by Taleeb Mizad
Aku akan selalu menantimu
Juga akan selalu menjagamu
Juga akan selalu menjagamu
Walau ku tahu hanya itu dayaku
Menyayangimu
Disaat ku terjaga dari tidur
Hanya bayangmu terkilas merindu
Setia diriku melindungi kamu sayang
Separuh hidupku
Chorus :
Namun harus aku tahu
Cinta ini hadir dariNya
Ku perlu mensyukuri nikmat kurniaanNya
Di setiap sujud-sujud
Dan setiap doa-doaku
Hanya aku pinta redhailah cintaku
Tika kau hadir di dalam hidupku
Takbir kebesaran mengiringimu
Kerna kau melengkapi hidupku sayang
Separuh hidupku
Repeat Chorus
Ok amacam? dah dengar da? jadi lagu tu actually khas untuk orang yg terpenting dan sangat bermakna dalam hidup kita. Jadi TM nak tujukan lagu tu untuk bakal cahaya mata TM dan wife yang bakal lahir akhir tahun ni inshaAllah jadi dia adalah separuh hidupku hehe jadi boleh lah dengar-dengarkan di soundcloud, and I have this one wonderful talented and prolific gitar player and his name is Dayat. dia ada buat fingerstyle lagu Restu cinta di soundcloud juga jadi boleh checkitout ya di sana hehe 'Restu Cinta - Fingerstyle by Dayat Mohd' hehe ok untuk lagu Restu Cinta tu you guys boleh dengar di Youtube, Soundcloud dan lain-lain source.
Sila komen, beri pendapat, kata-kata semangat, kritik untuk TM jadi lebih baik selepas ni inshaAllah sekian assalam :)

Do you need Personal Loan?
ReplyDeleteBusiness Cash Loan?
Unsecured Loan
Fast and Simple Loan?
Quick Application Process?
Approvals within 4 Hours?
No Hidden Fees Loan?
Funding in less than 72hrs
Get unsecured working capital?
Email us: fastloanoffer34@gmail.com
Whats-app us on +918929509036